1
Program Let’s Join Sara-X telah diadakan pada 20 November 2019 di Auditorium CENTEXS. Pelbagai agensi dan sekolah yang turut serta dalam program tersebut. Antaranya Kolej Teknik Sejingkat, Akademi Binaan Malaysia, Sekolah TeknikVokasional Kuching dan Matang, SEDC dan sebagainya. Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Fazzruddin yang menyampaikan ceramah mengenai Sara-X. Pertunjukan fesyen juga turut diadakan dan diperagakan oleh pelajar dari CENTEXS dan Sekolah Teknik Vokasional Kuching. Selain itu, terdapat juga pameran dari agensi seperti RHB, Co-opbank, PNB untuk memeriahkan program tersebut.

3

2