1
Kota Samarahan Apr 2019, – Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak akan mengadakan Pameran Kerjaya ‘Talent Recruitment and Talent Exhibition 2019 ‘(TRACE 2019) selama dua hari pada 10 hingga 11 April 2019 bertempat di Dewan Banquet, DeTAR Putra UNIMAS.

Pada tahun ini, TRACE akan disertai oleh lebih 100 majikan dengan menawarkan pelbagai kekosongan jawatan kerja.

2

Program ini diadakan bertujuan untuk menonjolkan bakat bakal-bakal graduan bukan sahaja pelajar UNIMAS malah semua bakal graduan Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Kemahiran sekitar Kuching.

Secara umumnya program ini merupakan pameran kerjaya dimana kita menjemput majikan-majikan yang menawarkan peluang pekerjaan untuk hadir membuka kaunter pameran dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan infomasi-infomasi tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan dari segi kelayakan dan kemahiran yang diperlukan.

Sepanjang program berlangsung, sesi temuduga oleh beberapa majikan serta ceramah kerjaya juga akan diadakan dan para pengunjung digalakan membawa ‘resume’ serta salinan dokumen-dokumen untuk memohon pekerjaan serta berpakaian formal atau sesuai untuk menarik minat bakal majikan kelak.

orig_5ca6b815370ca3.45727889
Para penuntut institusi-institusi pendidikan tinggi, bakal-bakal graduan, graduan daripada politeknik dan kolej-kolej komuniti serta orang ramai yang sedang mencari peluang pekerjaan adalah dijemput hadir untuk bersama-sama merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh bakal-bakal majikan yang akan hadir ke TRACE 2019 pada 10 hingga 11 April 2019 ini nanti.

tracepix2